Thursday 3 December 2015

Apa itu Taman Laut ??




TAMAN LAUT

PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan taman laut? Berapa banyakkah taman laut yang ada? Kenapa ia diwujudkan? Beberapa persoalan sering bermain difikiran masyarakat tentang kebenaran dan juga kewujudan sesebuah taman laut. Menurut kajian, taman laut bermaksud kawasan perairan laut yang dilindungi oleh akta jabatan laut bagi melindungi dan memulihara habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau di Malaysia telah digazetkan sebagai taman laut dan ianya meliputi 9 buah negeri di Malaysia. Taman laut yang terbesar di dunia adalah Taman Laut Terumbu Sawar Besar di Australia iaitu seluas 350000 km2. Kepelbagaian flora dan fauna di Malaysia telah membuatkan Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia. (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

Awal 80-an sumber perikanan laut telah mengalami penyusutan dan ini telah menimbulkan kesedaran kepada masyarakat bagi mempertingkatkan sumber perikanan, kawasan terumbu karang yang merupakan tempat pelindungan kepada hidupan laut seperti tempat pelindungan, membiak ,mencari makanan dan membesar. Kawasan yang sering mengalami gangguan ialah kawasan terumbu karang kerana ia mudah terdedah dengan kesan ancaman semulajadi ataupun manusia. Salah satu langkah yang dijalankan bagi memulihara hidupan marin ini adalah dengan mewujudkan caj pemuliharaan. Setiap orang yang memasuki taman laut akan dikenakan caj ini iaitu sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Caj pemuliharaan ini hanya di kecualikan untuk mereka yang bermastautin di kawasan taman laut sahaja. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia.

PENDAHULUAN
Kajian mendapati taman laut merupakan kawasan yang melindungi dan memulihara pelbagai habitat serta marin akuatik disekitarnya. Taman laut merupakan kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Pada 1994, kawasan taman laut telah diwartakan sebagai kawasan larangan untuk menangkap sebarang hidupan laut. Pada 1983, bekas perdana menteri Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengarahkan Kementerian Pertanian (Jabatan Perikanan) bagi menubuhkan taman laut namun tidak semua kawasan yang diwartakan, hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan pembiakan ikan. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

Tujuan utama penubuhan taman laut di Malaysia adalah bagi melindungi, memulihara dan menguruskan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta hidupan flora fauna yang memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara keseluruhannya. Selain itu, antara tujuan lain adalah untuk memelihara ekosistem marin daripada gangguan dan kerosakan untuk kegunaan generasi yang akan datang. Di samping itu, objektif penubuhan taman laut juga adalah untuk memupuk kefahaman dan kesedaran di kalangan penduduk Malaysia supaya melindungi, mengagumi, dan menikmati keindahan khazanah negara. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

“Lautan merupakan tunjang kepada planet dan ekonomi global” ia merupakan kata-kata Robert Zoellick, president Bank Dunia. Meskipun begitu, lautan masih dieksploitasi oleh masyarakat dunia. Pinggir-pinggir laut mengalami hakisan teruk dan terumbu karang berdepan ancaman kepupusan akibat pencemaran serta peningkatan suhu. Lautan juga merupakan penyumbang dalam membekalkan oksigen utama bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada seluruh alam. Selain itu, bakau, terumbu dan tanah lembab bertindak melindungi persisiran pantai daripada bencana seperti ribut. Justeru itu, penjagaan serta pemuliharaan yang rapi perlu dilakukan oleh semua pihak bukan sahaja kerajaan tetapi masyarakat sekeliling terutamanya. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

Aktiviti yang dijalankan. 
Taman laut menjadi kawasan larangan bagi penangkapan ikan tetapi tidak kepada pengunjung mahupun pelancong. Mereka dapat mengikuti program yang telah dianjurkan oleh pihak jabatan laut yang mengawal taman laut. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan bagi menarik minat dan memupuk cinta akan laut contohnya kem terumbu karang, kursus selam skuba, snorkeling dan lain-lain. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

Aktiviti pemeliharaan terumbu karang amat la penting kepada taman laut untuk mengekalkan keseimbangan di dasar laut. Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan produktif. Terumbu karang telah wujud sejak dahulu lagi, malah sudah bertahun-tahun terbina daripada organisma-organisma yang sangat kecil saiznya. Kebanyakkan terumbu karang telah wujud sejak 25 tahun yang lalu dan dikawasan terumbu karang kita dapat melihat organismatau hidupan akuatik yang telah hidup sejak dahulu lagi . Terumbu karang juga merupakan sejenis hidupan akuatik laut yang hidup di dasar laut yang menjadi tempat pelindungan dan pembiakan hidupan laut. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

Terumbu karang boleh dijumpai pada kedalaman 46 meter. Kempen terumbu karang yang dijalankan bertujuan untuk pengekalan dan pemuliharaan terumbu karang kerana terumbu karang dapat membantu menjadi benteng dan melindungi pantai dari hentakan ombak yang terlalu kuat. Sebelum pewartaan taman laut, pemeliharaan terumbu karang mengalami pelbagai masalah seperti penangkapan ikan dikawasan terumbu karang yang menyebabkan kerosakkan terumbu karang akibat penggunaan pukat tunda, pencemaran air seperti tumpahan minyak dari kapal-kapal atau pembuangan sisa dari hotel yang menyebabkan terumbu karang tercemar dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu,pewartaan taman laut ini memberikan impak yang positif kepada pemeliharaan dan pemuliharaan terumbu karang yang memberi faedah kepada hidupan laut. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

Selain itu, aktiviti selam skuba dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pengunjung tentang keindahan yang terdapat di taman laut dan membina sifat sayang akan taman laut. Walau bagaimanapun, aktiviti selam skuba ini terdedah kepada  risiko bahaya. Selaman skuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan menggunakan peralatan bekalan udara yang membenarkan penyelam untuk berada lama di bawah air. Selam skuba adalah berbeza daripada snorkeling ataupun nama lainnya adalah selaman paras muka. Snorkeling adalah kegiatan menyelamdengan menggunakan peralatan berupa topeng selam dan snorkel. Di samping itu, para penyelam akan menggunakan alat bantu bergerak berupa kaki katak untuk menambah daya dorong pada kaki. Para pemyelam dapat menikmati keindahan taman laut ketika melakukan selaman. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)

KELEBIHAN
Kelebihan taman laut mampu membuatkan kita terpukau dan terpesona melihat keindahan yang ada di dalam laut. Selain terumbu karang, anak-anak ikan atau ikan-ikan kecil merupakan daya tarikan semulajadi yang berada di taman laut. Ikan-ikan kecil ini duduk di kawasan terumbu karang. Gabungan ikan-ikan kecil dan terumbu karang menjadi tarikan semulajadi kepada alam. Ia dapat di lihat di sebalik biru air laut, dengan cara selam skuba dan snorkeling. Selain dari keindahan yang di miliki, penjagaan manusia terhadap sumber semulajadi ini adalah amat penting kerana ia merupakan sumber alam yang terbesar yang menyumbang kepada ekosistem bumi kita. Tambahan lagi, laut merupakan nisbah terbesar di bumi. Menurut al-quran nisbahnya adalah 70% dan daratan pula adalah 30%. Justeru itu anugerah semulajadi tuhan ini tidak boleh di biarkan atau di abaikan. Manusia perlulah menjaga dah melindungi sumber alam ini dengan seadanya bagi mengekalkan keindahan dan mengelakkan dari terkena ancaman bahaya seperti tsunami. . (Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia)
  
KESIMPULAN
Kesimpulannya, lautan dan daratan merupakan dua sumber terpenting yang saling berkait antara satu sama lain. Tanpa air di lautan, daratan di tepian tiada gunanya kerana semua kehidupan di daratan memerlukan air untuk hidup dan kekal subur. Bumi ini bukan dicipta untuk manusia rosakkannya, tetapi bumi ini di cipta sebagai amanah untuk manusia kerjakannya dengan sebaik mungkin dengan cara pemeliharaan dan juga pemuliharaan. Penjagaan taman laut dan pemuliharaan ekosistemnya perlulah dijalankan dengan berterusan dan memerlukan kerjasama dari semua pihak baik yang muda mahupun yang tua tanpa mengira umur. Semua golongan perlulah bertanggungjawab dan memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan misi jabatan taman laut bagi memulihara taman laut Malaysia dari di ancam kepupusan.

CARA MENGATASI MASALAH TAMAN LAUT.
Seringkali pemuliharaan dilakukan dipinggir pantai namun apakah yang akan terjadi dikawasan dasar laut oleh itu program pemuliharaan perlu dilakukan di kawasan laut yang merupakan kawasan yang perlu dipulihara kerana ia merupakan sumber utama. Kebanyakkan aktiviti manusia sering mengancam sumber semula jadi seperti pukat tunda pembuangan sampah,pengambilan batu karang dan lain-lain perlu dikawal oleh pihak yang terlibat dan masyarakat itu sendiri.
            Menikmati khazanah alam itu tidak salah, namun janganlah menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri dengan cara merosak dan menggunakannya secara tidak terkawal. Hal ini kerana, ia akan merampas keindahan dan kedamaian alam yang tersergam indah. Pembangunan yang dijalankan perlulah dikawal dan dihadkan terutama dikawasan laut kerana ia akan menganggu pelbagai hidupan laut. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan boleh menyebabkan pencemaran kepada hidupan laut.

Selain itu, pemuliharaan rumput laut juga perlu dilakukan di setiap taman laut bagi mengekalkan ekosistem hidupan laut. Pemuliharaan rumput laut boleh menjadi habitat kepada spesies dugong di sekitar perairan laut. Seperti mana yang diketahui, bahawa dugong pada masa kini diancam kepupusan akibat daripada pemburuan dan kehilangan habitatnya.

            Sebagai kesimpulan, pemuliharaan taman laut adalah amat penting untuk dilakukan oleh semua pihak. Jika taman laut tidak dipulihara dari sekarang, kemungkinan besar generasi yang akan datang tidak akan mengenali dan mengecapi apa yang dimaksudkan dengan keindahan taman laut. Pulihara dan jagalah taman laut kita dengan sebaik mungkin seperti mana kita menjaga diri kita sendiri.

1407 patah perkataan

RUJUKAN
Azira Manaf, Suhana Saad, Mohd Yusof Hussain. (2012). Malaysia Jurnal of Society and Space 8 Issue 6 (49-58).
Laupa Junus. (2015). Konservasi Taman Laut. Utusan online, diakses pada 30 Oktober 2015 dari http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/konservasi-taman-laut-1.135831
(2015), Taman Laut, Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia, diakses pada 30 Oktober 2015 dari http://www.dmpm.nre.gov.my/










No comments:

Post a Comment