PANDUAN BERJIMAT CERMAT
Pengenalan
- Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia & seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia. (APA).
- Hal ini demikian kerana, keadaan harga barang yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
- Masyarakat harus (berjimat cermat) ketika berbelanja seperti "mengukur baju di badan sendiri supaya tidak memakan diri".
Isi
1. Menanam sikap rajin menabung
- KWSP - merupakan satu contoh untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya merancang masa depan.
- "Sediakan payung sebelum hujan".
2. Peranan sekolah.
- Institusi menyebarkan ilmu untuk menyuburkan nilai-nilai murni seperti berjimat cermat.
- Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelajar ialah SSPN.
- Tujuan SSPN: Mengalakkan pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
- "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".
3. Kempen berjimat cermat.
- Memperbanyakkan kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya amalan berjimat cermat.
- Contoh: Kempen membeli barangan tempatan yang dapat membantu untuk mengurangkan pengaliran keluar mata wang ke luar negara.
- Hal ini, dapat mengelakkan amalan masyarakat berhutang.
KESIMPULAN
- Natijahnya, masyarakat harus mengamalkan amalan berjimat cermat untuk kebaikan diri sendiri.